Organise Tournaments

PIALA CANSELOR/ CHANCELLOR’S TROPHY

PENGENALAN:

Detik-detik penubuhan pertandingan Piala Canselor atau Chancellor’s Trophy bermula pada tahun 2021. Penubuhan pertandingan ini adalah diatas saranan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dengan harapan pertandingan ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan dalam acara sukan dan permainan di antara institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini. Di atas sokongan dan dorongan dari Naib Canselor, Rektor dan Raes dari ke empat-empat IPT, pertandingan ini akan dilaksanakan penuh oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPT tersebut. Pada tahun 2022 ini, pertandingan Piala Canselor atau Chancellor’s Trophy akan dipimpin oleh MPP UTB, dengan mensasarkan berbagai jenis perlawanan Sukan dan Permainan.

 

OBJEKTIF:

Antara objektif pertandingan ini adalah seperti berikut:

  • Bagi menggalakkan dan mempereratkan interaksi, persefahaman dan muhibbah dalam kalangan semua pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).
  • Bagi menggubalkan dan menetapkan dasar serta program kesukanan antara IPT.
  • Bagi meningkatkan kemajuan dan pembangunan dalam acara Sukan dan Permainan ke arah kecemerlangan.
  • Untuk merancang, mengelola dan mengurus program-program Sukan dan Permainan.
  • Untuk menyertai kejohanan Sukan dan Permainan diperingkat dalam negara.
  • Bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan Sukan dan Permainan dikalangan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS).
  • Untuk bekerjasama dan berhubung dengan badan-badan sukan, Non-Governmental Organizations (NGO), badan-badan kerajaan dan swasta di dalam negara.

 

PENGELOLA:

Majlis Perwakilan Pelajar dari keempat-empat universiti:

  1. Universiti Brunei Darussalam (UBD)
  2. Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
  3. Universiti Teknologi Brunei (UTB)
  4. Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB)