Career @ UTB

> CareerUTB

For Research Assistant's Vacancy, please click here 

IKLAN JAWATAN KOSONG

DI UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI

 

BILANGAN IKLAN 05/2026

 

TARIKH IKLAN: 18 JULAI 2026

TARIKH TUTUP: 01 Ogos 2026

 

Universiti Teknologi Brunei sukacita mempelawa pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah bagi mengisikan jawatan kosong (jawatan Tabung) di Universiti Teknologi Brunei.

 

BILANGAN IKLAN  : 05/2026
JAWATAN

: PENYELARAS MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM (JAWATAN TABUNG)

GAJI : BND 1,450.00 SEBULAN
BAHAGIAN : III
TANGGAGAJI  : C.2-3 EB.4
KEKOSONGAN : SATU (01)
PERUNTUKAN : TABUNG UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI

    

 SYARAT-SYARAT AM:

 

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  2. Pemohon mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Agama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei, dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.
  3. Pemohon hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja dikehendaki di Negara Brunei Darussalam.

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BAGI PENYELARAS MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM:

 

  1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Media / Mass Communications, Media Relations, Journalism, Corporate Communications, Creative Computing atau kelulusan sebanding yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  2. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  3. Mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan atau media adalah satu kelebihan.
  4. Berkemahiran dan berkebolehan dalam menggunakan Teknologi Maklumat (IT) dan mengendalikan komputer.
  5. Mempunyai sikap yang pro-aktif, positif, self-driven, dan mampu menepati deadline yang diberikan.

 

SYARAT-SYARAT LAIN:

 

  1. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAM:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat (Corporate Communication Office (CCO)), Universiti Teknologi Brunei.
  2. Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan liputan fotografi dan videografi bagi acara rasmi universiti termasuk acara konvokesyen, majlis-majlis rasmi universiti, program-program akademik dan atktiviti-aktiviti pelajar.
  3. Menghasilkan dan menyunting video korporat, video promosi, highlight acara, dokumentari pendek serta kandungan media sosial universiti.
  4. Mengendalikan peralatan media seperti kamera DSLR/mirrorless, peralatan audio, pencahayaan, tripod dan peralatan sokongan lain semasa liputan acara.
  5. Memastikan hasil rakaman foto dan video berkualiti tinggi serta menepati piawaian dan imej korporat Universiti Teknologi Brunei.
  6. Mengurus dan menyusun arkib digital foto dan video universiti secara sistematik dan teratur untuk rujukan masa hadapan.
  7. Mereka bentuk dan menyediakan bahan visual promosi dalam pelbagai format termasuk poster media sosial, banner, dan bahan digital yang diperlukan oleh CCO.
  8. Membantu dalam menyediakan dan menyelaras kandungan visual dan multimedia untuk penerbitan University Newsletter (UTBPulse), laporan tahunan universiti dan penerbitan-penerbitan lain.
  9. Mengumpul, mendigitalkan dan menyusun bahan acara termasuk program, ucapan rasmi, gambar, rakaman video, siaran akhbar, dan artikel berita bagi tujuan dokumentasi dan promosi universiti.
  10. Bekerjasama dengan pasukan CCO dalam merancang strategi kandungan visual bagi menyokong promosi program akademik, kemasukan pelajar dan acara universiti.
  11. Membantu dalam memastikan konsistensi identiti visual dan penjenamaan universiti dalam semua bahan komunikasi visual.
  12. Turut hadir dalam mesyuarat dan menjadi ahli Jawatankuasa Kerja Informasi dan Publisiti atau jawatankuasa lain yang diarahkan bagi menyokong keperluan liputan visual acara-acara universiti.
  13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat dan pihak Pengurusan Universiti Teknologi Brunei dari semasa ke semasa.

 

 

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

 

Borang permohonan serta keterangan lanjut boleh diperolehi dengan memuat turun dari laman sesawang http://www.utb.edu.bn/careerutb/

 

MAKLUMAT PENTING: Pemohon yang berminat dikehendaki membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan ini https://forms.gle/jAQX7sKeMFFSwJWf8 dan menghadapkan dokumen-dokumen dokongan seperti (1) Salinan Kad Pintar, (2) Kurikulum Vitea (CV), (3) Salinan Sijil Pencapaian Akademik beserta Transkrip (diperingkat GCE O-level dan ke atas), (4) Salinan Slip Gaji Terakhir, jika berkenaan, (5) Gambar berukuran passport,  (6) portfolio, dan (7) keperluan yang dinyatakan didalam iklan jawatan kosong UTB melalui emel kepada recruitment.utb@gmail.com

 

Tarikh tutup bagi menghantar permohonan ialah pada 01 Ogos 2026 jam 3.00 petang.

 

 

Yang Mulia

Pendaftar dan Setiausaha

Universiti Teknologi Brunei

Jalan Tungku Link, Gadong BE1410

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

UP: PENOLONG PENDAFTAR (PERSONEL), PUSAT STAF DAN PELAJAR

 

Bilangan Iklan: 05/2026

Rujukan Iklan: UTB/S5/1.6.6/2026

 

 

Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan.  Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.

 

Hanya permohonan yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi dan dimaklumkan mengenai proses temuduga.

 

IKLAN JAWATAN KOSONG

DI UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI

 

PERATURAN IKLAN 7(A)

BILANGAN IKLAN 06/2026

 

TARIKH IKLAN: 18 JULAI 2026

TARIKH TUTUP: 01 OGOS 2026

Universiti Teknologi Brunei (UTB) sukacita mempelawa pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat–syarat kelayakan seperti di bawah bagi mengisikan jawatan kosong di Universiti Teknologi Brunei.

BILANGAN IKLAN  : 06/2026
JAWATAN

: JURUTEKNIK MAKMAL KANAN

PENEMPATAN

: MAKMAL KEJURUTERAAN ELEKTRIKAL & ELEKTRONIK, FAKULTI      KEJURUTERAAN

TANGGAGAJI  : C.1-2 EB.3 (BND 1,280.00 – BND 2,270.00 SEBULAN)
BAHAGIAN : III
KEKOSONGAN : SATU (01)

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

 

a.       

Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

b.       

Pemohon mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.

 

c.       

(i)

Mempunyai Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau kelulusan yang diiktiraf sebanding dengannya dalam bidang Kejuruteraan, Sains atau bidang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas adalah merupakan satu kelebihan.

 

 

 

ATAU

 

 

(ii)

Telah berkhidmat di Universiti Teknologi Brunei dalam jawatan yang bersesuaian sekurang-kurangnya dalam tanggagaji D.3 atau sebanding selama tidak kurang dari 3 tahun atau sekurang-kurangnya dalam tanggagaji D.1 atau sebanding selama tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

 

ATAU

 

 

(iii)

Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam jawatan bersesuaian sekurang-kurangnya dalam tanggagaji D.3 atau sebanding selama tidak kurang dari 4 tahun atau sekurang-kurangnya dalam tanggagaji D.1 atau sebanding selama tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

d.       

Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja makmal di peringkat Universiti adalah satu kelebihan.

 

e.       

Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Ketua Jabatan adalah merupakan satu kelebihan.

 

f.         

Berkebolehan menggunakan komputer adalah merupakan satu kelebihan.

 

 

SYARAT-SYARAT LAIN:

 

  1. Pemohon hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
  2. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTEKNIK MAKMAL KANAN DI MAKMAL KEJURUTERAAN ELEKTRIKAL & ELEKTRONIK, FAKULTI KEJURUTERAAN:

 

  1. Membantu Ketua Makmal Kejuruteraan dalam menjalankan pentadbiran, penyelarasan dan pengurusan makmal bagi mewujudkan suasana bekerja yang sistematik dan cekap.
  2. Membantu tenaga pengajar dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran di dalam makmal.
  3. Mengawasi dan memberikan khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada para mahasiswa/i dalam aktiviti makmal seperti pembuatan projek dan sebagainya.
  4. Mengawas dan membimbing serta menujuk ajar kakitangan makmal dibawah tanggungjawab supaya mereka dapat dibantu dan berganding bahu dalam bidang masing-masing agar memperolehi pengalaman dalam jangka panjang.
  5. Bertanggungjawab ke atas penggunaan peralatan makmal dan ujian makmal (routine work); dan memastikan kesempurnaan ujian makmal dengan mengawasi kawalan mutu ujian (quality control test); serta membantu menjalankan pemeliharaan peralatan berkenaan.
  6. Menyediakan tawaran dan sebutharga, penilaian dan sokongan tawaran / sebutharga bagi barang keperluan makmal.
  7. Bertanggungjawab di dalam pemesanan alatan makmal, penerimaan barang-barang, mencatitkan semua indent, invois, delivery order dari pembekal-pembekal ke dalam buku stok.
  8. Mengadakan semakan stok dan mengemaskinikan buku stok dari semasa ke semasa.
  9. Menjalankan dan menguatkuasakan Peraturan Keselamatan Makmal Kejuruteraan kepada semua kakitangan, pensyarah dan mahasiswa/i yang menggunakan makmal kejuruteraan.
  10. Membuat pemeliharaan asas dan baik pulih ke atas peralatan-peralatan makmal.
  11. Melaporkan kerosakan peralatan makmal dan sebarang kekurangan barang-barang keperluan bekalan makmal.
  12. Membantu menyelia kakitangan bawahan.
  13. Menerima dan bersedia melaksanakan apa jua tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan serta keterangan lanjut boleh diperolehi dengan memuat turun dari laman sesawang http://www.utb.edu.bn/careerutb/

                        

MAKLUMAT PENTING: Pemohon yang berminat dikehendaki membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan ini https://forms.gle/ErxsS9beMFzAX91n9 dan menghadapkan dokumen-dokumen dokongan seperti (1) Salinan Kad Pintar, (2) Kurikulum Vitae (C.V.), (3) Salinan Sijil Pencapaian Akademik beserta Transkrip, (4) salinan Slip Gaji terakhir, jika berkenaan, (5) Gambar berukuran pasport, dan (6) keperluan yang dinyatakan didalam iklan jawatan kosong UTB melalui emel kepada recruitment.utb@gmail.com

Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghantarkan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan bersama (1) satu Laporan Sulit daripada Ketua Jabatan mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon, (2) salinan Penilaian Prestasi 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya SANGAT BAIK) dan (3) salinan Rekod Perkhidmatan dan Rekod Cuti yang lengkap serta telah disahkan kepada alamat berikut:

 

 

YANG MULIA

PENDAFTAR DAN SETIAUSAHA

UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI

JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

UP: PENOLONG PENDAFTAR (PERSONEL), PUSAT STAF

 

Rujukan Iklan: UTB/S5/1.6.6/2026

 

 

Tarikh tutup bagi menghantar permohonan ialah pada hari Sabtu, 01 Ogos 2026 jam 3:00 petang.

 

Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan.  Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.

Hanya permohonan yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi dan dimaklumkan mengenai proses temuduga.

 

IKLAN JAWATAN KOSONG

DI UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI

 

PERATURAN IKLAN 7(A)

BILANGAN IKLAN 07/2026

 

TARIKH IKLAN: 18 JULAI 2026

TARIKH TUTUP: 01 OGOS 2026

 

Universiti Teknologi Brunei sukacita mempelawa pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat–syarat kelayakan seperti di bawah bagi mengisikan jawatan kosong di Universiti Teknologi Brunei.

BILANGAN IKLAN  : 06/2026
JAWATAN

: JURUTEKNIK MAKMAL KANAN

PENEMPATAN

: PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICTC)

TANGGAGAJI  : C.1-2 EB.3 (BND 1,280.00 – BND 2,270.00 SEBULAN)
BAHAGIAN : III
KEKOSONGAN : SATU (01)

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

 

a.       

Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

b.       

Pemohon mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.

 

c.       

(i)

Mempunyai Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau kelulusan yang diiktiraf sebanding dengannya dalam bidang Komputer / Sistem Maklumat atau bidang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas adalah merupakan satu kelebihan.

 

 

 

ATAU

 

 

(ii)

Telah berkhidmat di Universiti Teknologi Brunei dalam jawatan yang bersesuaian sekurang-kurangnya dalam tanggagaji D.3 atau sebanding selama tidak kurang dari 3 tahun atau sekurang-kurangnya dalam tanggagaji D.1 atau sebanding selama tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

 

ATAU

 

 

(iii)

Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam jawatan bersesuaian sekurang-kurangnya dalam tanggagaji D.3 atau sebanding selama tidak kurang dari 4 tahun atau sekurang-kurangnya dalam tanggagaji D.1 atau sebanding selama tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

d.       

Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja berkaitan dengan makmal komputer di institusi pengajian tinggi adalah satu kelebihan.

 

e.       

Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SAN GAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Ketua Jabatan adalah merupakan satu kelebihan.

 

 

SYARAT-SYARAT LAIN:

 

  1. Pemohon hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
  2. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTEKNIK MAKMAL KANAN DI PUSAT ICT (Pentadbiran dan Sokongan Sistem):

 

  1. Membantu Pengarah Pusat ICT dalam menjalankan pentadbiran, penyelarasan dan pengurusan bagi mewujudkan suasana bekerja yang sistematik dan cekap.
  2. Mentadbir, menyelenggara, dan memastikan ketersediaan sistem ICT, pelayan (servers), serta persekitaran pengkomputeran universiti agar sentiasa beroperasi dengan cekap, stabil, dan selamat.
  3. Menyelaras pelaksanaan, konfigurasi, pemantauan, dan penyelenggaraan sistem operasi, aplikasi perusahaan (enterprise applications), serta perkhidmatan pengkomputeran pengguna.
  4. Mengurus akaun pengguna, kawalan akses, dan kebenaran sistem selaras dengan dasar keselamatan ICT, piawaian tadbir urus, dan keperluan pematuhan universiti.
  5. Menyokong dan menyelaras pelaksanaan proses sandaran (backup) dan pemulihan bencana (disaster recovery).
  6. Menjalankan analisis dan penyelesaian masalah berkaitan system dan aplikasi, sertamemastikan sebarang gangguan perkhidmatan ditangani dengan berkesan dan dalam tempoh yang ditetapkan.
  7. Menyediakan serta mengemaskini dokumentasi teknikal, prosedur operasi standard (SOP), dan laporan berkaitan operasi serta prestasi sistem.
  8. Memberi khidmat sokongan kepada fakulti, sekolah, pusat, dan jabatan dalam perkara berkaitan sistem aplikasi, pelayan, dan perkhidmatan ICT.
  9. Menyumbang kepada perancangan, pembangunan, dan pelaksanaan projek transformasi digital serta inisiatif penambahbaikan sistem ICT universiti.
  10. Membantu pengurusan ICTC dalam menilai teknologi baharu, menyediakan spesifikasi teknikal, dan membuat cadangan bagi meningkatkan kecekapan, kebolehpercayaan, serta keselamatan sistem ICT universiti.
  11. Memastikan amalan terbaik (best practices) dalam pengurusan sistem, keselamatan maklumat, dan tadbir urus ICT dilaksanakan secara konsisten dalam operasi harian.

 

 

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

 

Borang permohonan serta keterangan lanjut boleh diperolehi dengan memuat turun dari laman sesawang http://www.utb.edu.bn/careerutb/

                        

MAKLUMAT PENTING: Pemohon yang berminat dikehendaki membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan ini https://forms.gle/Fm93z2VdVsZsGtyS8 dan menghadapkan dokumen-dokumen dokongan seperti (1) Salinan Kad Pintar, (2) Kurikulum Vitae (C.V.), (3) Salinan Sijil Pencapaian Akademik beserta Transkrip, (4) salinan Slip Gaji terakhir, jika berkenaan, (5) Gambar berukuran pasport, dan (6) keperluan yang dinyatakan didalam iklan jawatan kosong UTB melalui emel kepada utb.recruitment@gmail.com.

 

Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghantarkan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan bersama (1) satu Laporan Sulit daripada Ketua Jabatan mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon, (2) salinan Penilaian Prestasi 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya SANGAT BAIK) dan (3) salinan Rekod Perkhidmatan dan Rekod Cuti yang lengkap serta telah disahkan kepada alamat berikut:

 

 

YANG MULIA

PENDAFTAR DAN SETIAUSAHA

UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI

JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

UP: PENOLONG PENDAFTAR (PERSONEL), PUSAT STAF

 

Rujukan Iklan: UTB/S5/1.6.6/2026

 

 

Tarikh tutup bagi menghantar permohonan ialah pada Hari Sabtu, 01 Ogos 2026 jam 3:00 petang.

 

Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan.  Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.

Hanya permohonan yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi dan dimaklumkan mengenai proses temuduga.