IKLAN JAWATAN KOSONG (SEMENTARA)
DI UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI
BILANGAN IKLAN 04/2019
TARIKH IKLAN: 29 OGOS 2019
TARIKH TUTUP: 26 SEPTEMBER 2019

Universiti Teknologi Brunei sukacita mempelawa pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah bagi mengisikan jawatan kosong PENOLONG PENDAFTAR (jawatan sementera) di Universiti Teknologi Brunei.

JAWATAN     :        PENOLONG PENDAFTAR (JAWATAN SEMENTARA)

UNIVERSITI :        UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI            

BAHAGIAN   :        II

SYARAT-SYARAT AM:

  1. Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  2. Pemohon mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.
  3. Pemohon hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar waktu bekerja biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.

 

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BAGI PENOLONG PENDAFTAR:

  1. Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

SYARAT-SYARAT LAIN:

  1. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  2. Mempunyai kemahiran dan berkebolehan dalam mengendalikan komputer.
  3. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENDAFTAR:

  1. Bertanggungjawab kepada Pendaftar dan Setiausaha.
  2. Menjalankan dan membantu salah satu atau lebih bidang tugas yang telah ditetapkan oleh Pendaftar dan Setiausaha.
  3. Membantu mengurus dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Universiti.
  4. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak urusan Universiti Teknologi Brunei dari masa ke semasa.

 

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan serta keterangan lanjut boleh diperolehi di Bahagian Personel, Pusat Staf dan Pelajar (Staff and Student Centre), Universiti Teknologi Brunei pada waktu pejabat atau muat turun disini.

Borang permohonan yang lengkap diisikan berserta dengan (1) kurikulum vitae (C.V) (2) salinan kad pintar (3) salinan slip gaji, jika berkenaan (4) salinan sijil pencapaian akademik dan transkrip, dan (5) dokumen-dokumen lain yang berkenaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

 

Yang Mulia
Pendaftar dan Setiausaha
Universiti Teknologi Brunei
Jalan Tungku Link, Gadong BE1410
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 

UP: PENOLONG PENDAFTAR (PERSONEL), PUSAT STAF DAN PELAJAR

Rujukan Iklan: UTB/S5/1.6.6/2019

Tarikh Tutup Iklan dan Menghantar Borang Permohonan: 26 September 2019

Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan hendaklah menyertakan bersama satu Laporan Sulit dan Penilaian Prestasi 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya SANGAT BAIK) serta salinan Rekod Perkhidmatan dan Rekod Cuti yang lengkap.

Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan.  Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.

Hanya permohonan yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi dan dimaklumkan mengenai proses temuduga.

 

 

Close Menu