
IKLAN JAWATAN KOSONG
DI UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI
BILANGAN IKLAN 04/2025
TARIKH IKLAN: 16 JUN 2025
TARIKH TUTUP: 30 JUN 2025
Universiti Teknologi Brunei sukacita mempelawa pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah bagi mengisikan jawatan kosong di Universiti Teknologi Brunei:
|
BILANGAN IKLAN |
04/2025 |
|
JAWATAN |
PENGARAH SAND RETENTION INNOVATION LAB (SRI Lab) |
|
KADAR GAJI |
$6,800 SEBULAN |
|
KEKOSONGAN |
SATU (01) |
SYARAT-SYARAT AM:
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
|
1. |
Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Petroleum, Kejuruteraan Kimia atau bidang yang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas adalah merupakan satu kelebihan.
|
|
2. |
Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 14 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan dalam industri minyak dan gas, dengan penumpuan khas pada teknologi penyaringan pasir.
|
|
3. |
Mempunyai keahlian dalam badan Profesional dalam bidang Kejuruteraan atau bidang yang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah merupakan satu kelebihan.
|
|
4. |
Mempunyai pengalaman dalam ujian (testing), pemodelan, analisis data dan simulasi berkaitan adalah merupakan satu kelebihan.
|
|
5. |
Mempunyai kemahiran kepimpinan yang terbukti dalam mengendalikan pasukan penyelidikan dan mengetuai projek penyelidikan dan pembangunan (research and development).
|
SYARAT-SYARAT LAIN:
Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
Pengarah adalah bertanggungjawab kepada Penolong Naib Canselor (Hubungan Luar dan Industri) dan antara tugas dan tanggungjawab adalah seperti berikut:
MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN:
Borang permohonan serta keterangan lanjut boleh diperolehi dengan memuat turun dari laman sesawang https://www.utb.edu.bn/careerutb/
MAKLUMAT PENTING: Borang permohonan yang telah lengkap diisikan berserta dokumen-dokumen sokongan seperti (1) Salinan Kad Pengenalan Pintar, (2) Kurikulum Vitae (CV), (3) Salinan Sijil Pencapaian Akademik beserta Transkrip (diperingkat ijazah dan ke atas), (4) Salinan Slip Gaji Terakhir, jika berkenaan, (5) Gambar berukuran passport, dan (6) keperluan yang dinyatakan didalam iklan jawatan kosong Universiti Teknologi Brunei, hendaklah dihantar melalui emel kepada utbrecruitment@staff.utb.edu.bn dengan memberikan tajuk emel “Bilangan Iklan: 04/2025”
Tarikh tutup bagi menghantar permohonan ialah hari Isnin, 30 Jun 2025, jam 3:00 petang.
Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghadapkan permohonan melalui Ketua Jabatan bersama (1) satu Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon dari Ketua Jabatan, (2) Penilaian Prestasi 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya SANGAT BAIK), dan (3) salinan Rekod Perkhidmatan dan Rekod Cuti yang lengkap serta telah disahkan, melalui Ketua Jabatan ke alamat di bawah:
YANG MULIA
PENDAFTAR DAN SETIAUSAHA
UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI
JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
[UP: PENOLONG PENDAFTAR (PERSONEL), PUSAT STAF DAN PELAJAR]
Bilangan Iklan: 04/2025
Rujukan Iklan: UTB/S5/1.6 (a)/2025
Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan. Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.
Hanya permohonan yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi dan dimaklumkan mengenai proses temuduga.

IKLAN JAWATAN KOSONG
DI UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI
BILANGAN IKLAN 05/2025
PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 7(a)
Iklan adalah dibukakan kepada orang ramai dan pegawai-pegawai dan
kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam
Negara Brunei Darussalam
TARIKH IKLAN: 08 November 2025
TARIKH TUTUP: 22 November 2025
Universiti Teknologi Brunei sukacita mempelawa pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah bagi mengisikan jawatan kosong di Universiti Teknologi Brunei:
BILANGAN IKLAN : 05/2025
jawatan : PEMBANTU PEJABAT
Tanggagaji : E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 EB KHAS $895 - $975 SEBULAN) /
F.1-2-3-4-5 EB.6 ($445 - $790 EB KHAS $805 - $865 SEBULAN)
Bahagian : V
Kekosongan : Satu (1)
SYARAT-SYARAT AM:
SYARAT–SYARAT KELAYAKAN:
|
1. |
(a) |
BAGI TANGGAGAJI E.1-2-3 EB.4
|
|
|
|
|
(i) Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau sebanding.
|
|
|
|
|
ATAU
|
|
|
|
|
(ii) BDTVEC / BTEC National Vocational Certificate (NVC) atau sebanding dalam bidang Clerical Studies atau bidang bersesuaian.
|
|
|
|
|
ATAU |
|
|
|
|
(iii) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Pejabat dalam tanggagaji F.1-2-3-4-5 EB.6 tidak kurang dari tiga (3) tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
(b) |
BAGI TANGGAGAJI F.1-2-3-4-5 EB.6 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
(i) Tamat Tingkatan Tiga (III). |
|
|
|
|
|
|
|
2. |
Bagi calon di para 1. (a) (iii):
|
||
|
|
|
(i) Telah lulus Peperiksaan Kerani Rendah bagi kenaikan pangkat.
|
|
|
|
|
(ii) Sekurang-kurangnya telah mengikuti kursus-kursus induksi dan profesional bagi Pembantu Pejabat yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA).
|
|
|
3. |
Mempunyai kemahiran dan kebolehan dalam mengendalikan komputer adalah satu kelebihan.
|
||
|
4. |
Pembantu Pejabat yang baru berkhidmat adalah dikehendaki dalam tempoh percubaannya Lulus Peperiksaan Kerani-Kerani Rendah bagi penetapan jawatan:
(a) Aturan Pejabat; (b) Pengetahuan Am; dan (c) Surat Menyurat.
|
||
|
5. |
Mempunyai Lesen Memandu Kelas Tiga (3) yang sah (tidak mansuh). |
||
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PEJABAT:
BAGI TANGGAGAJI E.1-2-3 EB.4
BAGI TANGGAGAJI F.1-2-3-4-5 EB.6
MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan serta keterangan lanjut boleh diperolehi dengan memuat turun dari laman sesawang http://www.utb.edu.bn/careerutb/
MAKLUMAT PENTING: Pemohon yang berminat dikehendaki membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan ini https://forms.gle/yZu8iatCY2B2dXrN9 dan menghadapkan dokumen-dokumen dokongan yang lengkap seperti (1) Salinan Kad Pengenalan Pintar, (2) Kurikulum Vitae, (3) Salinan Sijil Pencapaian Akademik, (4) salinan Slip Gaji terakhir, jika berkenaan, (5) Salinan Lesen Memandu, (6) Gambar berukuran pasport, dan (7) keperluan yang dinyatakan didalam iklan jawatan kosong UTB, melalui emel kepada utb.personnel@utb.edu.bn
BAGI PEMOHON YANG BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN
Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan bersama (1) satu Laporan Sulit daripada Ketua Jabatan mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon, (2) salinan Penilaian Prestasi 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya SANGAT BAIK) dan (3) salinan Rekod Perkhidmatan dan Rekod Cuti yang telah dikemaskinikan dan telah disahkan kepada alamat berikut:
YANG MULIA
PENDAFTAR DAN SETIAUSAHA
UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI
JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
[U.P.: PENOLONG PENDAFTAR (PERSONEL), PUSAT STAF]
Bilangan Iklan: 05/2025
Rujukan Iklan: UTB/S5/1.6.6/2025
Tarikh tutup bagi menghantar permohonan ialah 22 November 2025 jam 3.00 petang.
Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan. Borang permohonan yang tidak lengkap atau diterima setelah tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.
Hanya pemohon yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi dan dimaklumkan mengenai proses temuduga.