Third Stage de-escalation (3rd July 2020)

> Third Stage de-escalation (3rd July 2020)

Third Stage De-escalation of COVID-19 Restrictive Measures in UTB

3rd July 2020

Dear staff and students, 

We are pleased to inform that with reference to the Ministry of Health’s Media Statement on 01st July 2020, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented for further reduction of social distancing measures implemented following the COVID-19 outbreak in the country.

The reduction allows schools, vocational, technical and higher education institutions, tuition and music schools to move from Operational Readiness Level 2 to Level 3 from Saturday, 4th July 2020.

 

UTB Operational Readiness Level 3 will involve the easing of restrictions below, effective from Saturday, 04th July 2020:

 

  1. The maximum capacity of the University Library will be increased from 40% to 60% of normal capacity.
  2. The maximum capacity of surau and prayer rooms in UTB will be increased from 40% to 60% of normal capacity for individual and congregational prayers with physical distancing. Users are still required to bring their own prayer mats.
  3. Staff and students will be allowed to use two (2) badminton courts at the UTB Multipurpose Hall (MPH) with a maximum of eight (8) players at any one time. Staff and students are reminded to scan the QR Code with the BruHealth app outside the Multipurpose Hall before entering and when exiting. The opening hours will be from 4.30 pm to 6.00 pm as follows:

    – For staff: every Wednesday and Saturday
    – For students: every Monday, Tuesday and Thursday 

The current procedure for entering and exiting the University’s premises that requires body temperature check, attendance login and the use of BruHealth app remains unchanged.

While on campus, staff and students are reminded to maintain physical distancing of at least 1.0 metre with each other, adopt the correct coughing and sneezing etiquette, and ensure personal and hand hygiene at all times. Wearing a face mask is also encouraged.

Thank you for your kind attention and continuous cooperation.

——————————————————————————————————————————–

 

Kepada staf dan pelajar,

 

Dengan hormat sukacita memaklumkan bahawa dengan merujuk kepada Kenyataan Media Kementerian Kesihatan pada 01hb Julai 2020, mengambil kira situasi COVID-19 di negara ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi tambahan pengurangan langkah-langkah penjarakan sosial.

Pengurangan ini membolehkan sekolah-sekolah, institusi-institusi vokasional, teknikal dan pengajian tinggi, sekolah-sekolah tuisyen dan muzik untuk beralih dari  Kesediaan Operasi Tahap Kedua kepada Tahap Ketiga bermula pada hari Sabtu, 04hb Julai 2020.

Kesediaan Operasi Tahap Ketiga bagi UTB akan melibatkan tambahan pengurangan langkah-langkah penjarakan sosial berikut yang akan berkuat kuasa mulai hari Sabtu, 04hb Julai 2020:

  1. Kapasiti maksimum Perpustakaan Universiti akan ditingkatkan daripada 40% kepada 60% kapasiti biasa.
  2. Kapasiti maksimum bagi surau dan bilik-bilik ibadat di UTB akan ditingkatkan daripada 40% kepada 60% untuk kemudahan solat secara bersendirian atau berjemaah dengan mempraktikkan jarak fizikal. Para pengguna masih  dikehendaki untuk menggunakan tikar sembahyang sendiri.
  3. Staf dan pelajar akan dibenarkan untuk menggunakan dua (2) gelanggang badminton di Dewan Serbaguna (MPH) UTB tetapi terhad kepada lapan (8) orang pemain sahaja pada satu-satu masa. Para pengguna adalah diingatkan untuk mengimbas kod QR Dewan Serbaguna menggunakan aplikasi BruHealth sebelum dan selepas menggunakan dewan. Masa yang dibenarkan adalah mulai dari jam 4.30 petang hingga 6.00 petang pada hari-hari berikut:
    – Untuk staf: setiap hari Rabu dan Sabtu
    – Untuk pelajar: setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis

Prosedur semasa untuk memasuki dan keluar premis Universiti yang menghendaki pemeriksaan suhu badan, mencatat kehadiran dan penggunaan aplikasi BruHealth adalah tidak berubah.

Semasa berada di dalam kampus, staf dan pelajar diingatkan untuk menjaga jarak fizikal sekurang-kurangnya 1.0 meter antara satu sama lain, mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul, dan memastikan kebersihan diri dan tangan pada setiap masa. Pemakaian sungkup muka juga adalah digalakkan. 

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang berterusan abiskita.