MIB Unit

Objektif MIB

Menyahut seruan kerajaan melalui wawasan Negara Brunei Darussalam 2035 maka diterapkan dalam kuliah di Universiti Teknologi Brunei (UTB) bagi modul MIB adalah bertujuan untuk memenuhi perkara berikut:

  1. Kesetiaan kepada Sultan dan negara serta keyakinan terhadap nilai-nilai Islam
  2. Mewujudkan masyarakat yang sejahtera, aman, bahagia dan damai yang menjadi jentera kepada kemajuan dan pembangunan bangsa, ekonomi, budaya, sosial dan politik
  3. Melahirkan bangsa Brunei yang berpendidikan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang bagi mengekalkan perpaduan, identiti kebruneian, ketenteraman sosial, tradisi dan keselamatan, kebajikan serta kebahagiaan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam
  4. Memantapkan kefahaman, penghayatan dan mengamalkan serta memartabatkan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) sebagai mercu corak kehidupan yang unggul, survival, dinamik dan sempurna.