UTB Career

UTB CAREER

 

Iklan Menurut Peraturan 7(a)

 

Universiti Teknologi Brunei sukacita mempelawa pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah bagi mengisikan jawatan kosong di Universiti Teknologi Brunei:

 

jawatan               : Ketua Estet

Bahagian             : 1

Tanggagaji         : UB.5 ($5,900 sebulan), kumpulan 1

Kekosongan        : Satu (1)

 

 

SYARAT-SYARAT AM:

  1. Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  2. Pemohon mempunyai pengetahuan tentang kerasmian agama Islam, adat istiadat negara, adat resam dan kebudayaan orang-orang Melayu Brunei, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
  3. Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Brunei Darussalam.

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

 

1.     

i.             Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Akitek atau Kejuruteraan atau Ukur Bahan atau Bangunan atau Pengurusan Estet (Estate Management) yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

DAN

 

Mempunyai pengalaman tidak kurang dari 10 tahun dalam bidang atau jurusan Akitek atau Kejuruteraan atau Ukur Bahan atau Bangunan atau Pengurusan Estet (Estate Management).

 

ii.            Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang Akitek atau Kejuruteraan atau Ukur Bahan atau Bangunan atau Pengurusan Estet (Estate Management) adalah merupakan satu kelebihan.

 

2.     

Mempunyai keahlian dalam badan Profesional yang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

3.     

Mempunyai pengalaman dalam penyelarasan, pengurusan dan pemeliharaan Estet dan bangunan adalah merupakan satu kelebihan.

 

4.     

Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua (2) kertas kerja yang asli (original) yang memuaskan pihak panel penilaian, berkaitan dengan tugas pegawai tersebut, dalam dua daripada bidang-bidang berikut sebagai satu penilaian kenaikan pangkat:

 

i.         Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam

ii.        Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri

iii.       Kertas Penggubalan/Penelitian Dasar

iv.      Laporan Tahunan Jabatan

v.        Penyediaan Peruntukan Jabatan

vi.      Kertas kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing

 

Kertas kerja yang telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha Tetap/Ketua Jabatan masing-masing sebelum dihadapkan kepada Lembaga Pemilihan Bagi Lantikan Kakitangan Pentadbiran, Teknikal dan Perpustakaan Kanan, Universiti Teknologi Brunei.

 

5.     

Mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Setiausaha Tetap atau Ketua Jabatan adalah merupakan satu kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA ESTET:

 

Ketua Estet adalah bertanggungjawab kepada Naib Canselor dalam perkara-perkara berikut:

  1. Membantu Naib Canselor dalam membuat perancangan dan pengurusan pemeliharaan kemudahan Universiti.
  2. Memastikan masyarakat Universiti disediakan dengan keadaan yang selamat, selesa dalam menjalankan tugas harian bagi mencapai matlamat pembelajaran dan penyelidikan.
  3. Memastikan pengurusan yang berkesan dan cekap dalam pemeliharaan bangunan, alat hawa dingin, perabot, keadaan sekeliling, letak kereta, keselamatan dan kenderaan.
  4. Mengurus kakitangan Bahagian Estet sebagai sebuah unit yang berkesan dalam memberikan khidmat untuk masyarakat Universiti.
  5. Membantu dalam kerja-kerja pengurusan dan pengendalian projek yang dijalankan oleh Universiti atau pihak Konsultan.
  6. Bertindak selaku penyelaras dalam perhubungan dengan jabatan-jabatan Kerajaan mengenai perkembangan pembangunan dan perancangan.
  7. Lain-lain tugas seperti yang diaturkan oleh Naib Canselor dari semasa ke semasa.

 

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN:

Borang permohonan serta keterangan lanjut boleh diperolehi di Pusat Staf & Pelajar (Staff & Student Centre), Universiti Teknologi Brunei pada waktu pejabat atau melayari laman web http://www.utb.edu.bn/utb-career/

Borang Permohonan bagi jawatan Ketua Estet

Borang permohonan yang telah lengkap diisikan berserta dengan kurikulum vitae (C.V.), salinan kad pintar, salinan sijil pencapaian akademik dan dokumen yang berkenaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

 

 

YANG MULIA

PENDAFTAR DAN SETIAUSAHA

UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI

JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

UP: PENOLONG PENDAFTAR (PERSONEL), PUSAT STAF DAN PELAJAR

 

Rujukan Iklan: UTB/IKLAN/S1.6.6/2017(7a)

Tarikh tutup bagi menghantar permohonan ialah pada hari Isnin, 4 September 2017 jam 4:00 petang.

 

Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghantarkan permohonan melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan hendaklah menyertakan bersama satu Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon, dan Penilaian Prestasi 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya SANGAT BAIK) serta pengesahan salinan Rekod Perkhidmatan dan Rekod Cuti yang lengkap.

Semua permohonan hendaklah lengkap dan dihadapkan tidak lewat dari tarikh tutup iklan. Borang permohonan yang diterima setelah tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.

Hanya pemohon yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi dan dimaklumkan mengenai proses temuduga.