UTB Scholar

> UTB Scholar


SKIM BIASISWA UTB’S SCHOLARS BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN FALSAFAH
KE LUAR NEGERI BAGI SESI AKADEMIK 2022/2023

 

Pendahuluan

Sudah menjadi visi Universiti Teknologi Brunei (UTB) untuk melahirkan anak tempatan dari semua lapisan masyarakat yang bercita-cita untuk mencapai kecemerlangan di peringkat kerjaya akademik dalam masa terdekat dan menjadi sebahagian daripada proses pembangunan Negara Brunei Darussalam.  Ianya juga selaras dengan Wawasan Brunei 2035 yang telah menggariskan salah satu dari tiga hasrat Negara untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam terkenal di dunia dengan rakyat dan penduduk yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya.

Tujuan UTB memperkenalkan skim biasiswa ini adalah untuk menarik, mengenalpasti, memupuk dan mempersiapkan anak tempatan kita untuk menjadi pemimpin akademik masa hadapan, yang mana mereka akan menyumbang kepada perkembangan pendidikan negara dan juga pada masyarakat secara menyeluruh. Skim Biasiswa ini juga adalah untuk menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor UTB di Majlis Konvokesyen kali ke-6 UTB Tahun 2018 “... Beta berharap, supaya semua institusi pengajian tinggi menyediakan perancangan sumber manusia secara terperinci, selaras dengan keperluan universiti dan pembangunan negara...”.

Skim Biasiswa ini akan turut membantu dalam memperkembangkan komoditi yang amat kita hargai iaitu belia dan juga sumber tenaga manusia untuk masa depan Negara Brunei Darussalam. Ia juga menyediakan sokongan dan bantuan dengan harapan bahawa ilmu dan pendedahan yang akan para pelajar terima dapat melahirkan generasi anak tempatan kita yang berpendidikan, berbudaya dan sumber tenaga yang mempuyai kefahaman Melayu Islam Beraja (MIB) yang mendalam serta menjadi pemimpin akademik masa hadapan, yang juga memastikan pembangunan Negara Brunei Darussalam sebagai ahli utama dalam komuniti global.  Calon skim biasiswa ini akan berpeluang menyumbang kepada UTB, untuk menjadikan UTB sebuah universiti global yang berprestij tinggi.

Penerima biasiswa ini adalah calon-calon yang terbaik dipilih dari yang terbaik (crème de la crème) pada setiap tahun, berdasarkan kepada prinsip-prinsip merit dan kesaksamaan. Penerima mesti mempunyai pencapaian akademik ditahap cemerlang, perwatakan dan keperibadian yang baik, menunjukkan potensi sebagai seorang pemimpin, mempunyai keinginan  untuk membuat perubahan, dan mampu memberi komitmen untuk berkhidmat sebagai pemimpin masa depan, antara lainnya.

Biasiswa ini membuka jalan kepada pendidikan unggul (sterling education) di universiti-universiti terkemuka luar negara. Ianya juga menyediakan para cendikiawan ini dengan program kemahiran perkembangan peribadi. Para cendikiawan ini juga akan melalui proses latihan secara bersistematik bermula dari hari pertama mereka menerima biasiswa tersebut, dan berlanjutan sepanjang tempoh kerjaya mereka.

Biasiswa ini merangkumi perbelanjaan pelajar termasuk yuran pengajian, elaun sarahidup dan elaun-elaun yang lazimnya dihulurkan, tiket penerbangan pergi-balik, visa dan pemeriksaan kesihatan. Biasiswa ini akan turut merangkumi mentorship, dan penempatan kerja di dalam negeri dengan kerjasama organisasi lain.

Dalam hubungan ini, aliran kerjaya bagi penerima-penerima skim biasiswa berkenaan adalah menuju ke arah aliran kerjaya sebagai tenaga akademik di UTB iaitu khususnya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan. Dari perspektif pekerjaan, setelah berjaya menamatkan pengajian, penerima-penerima skim biasiswa adalah layak untuk ditawarkan pekerjaan dan adalah terikat untuk menjadi tenaga akademik di UTB berdasarkan kepada peruntukan jawatan dan keperluan fakulti/sekolah masing-masing.

Tempoh yang dijangkakan bagi calon skim biasiswa adalah tiga (3) tahun bagi program Ijazah Doktor Falsafah (PhD). 

 

  1. SYARAT-SYARAT UTAMA PERMOHONAN SKIM BIASISWA UTB’S SCHOLARS 

    1. 

    Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memegang kad pintar berwarna kuning.

    2.

    Mempunyai kepujian Kelas Pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    3.

    Memperolehi sekurang-kurangnya Kredit B4 dalam matapelajaran  Bahasa  Melayu  dan Bahasa Inggeris dalam  Peperiksaan  Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa (BC-GCE 'O' Level) atau yang sebanding dengannya.

    4.

    Mempunyai perwatakan dan keperibadian yang baik.

    5.

    Menunjukkan potensi seorang pemimpin cemerlang.

    6.

    Bersih dalam tapisan keselamatan.

    7.

    Tidak menerima mana-mana biasiswa dari mana-mana agenda atau institusi yang lain.

    8.

    Disahkan sihat dalam pemeriksaan kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

    9.

    Mempunyai minat yang mendalam untuk mengikuti kerjaya dalam bidang akademik dan dalam bidang kajian yang relevan kepada UTB.

    10.    

    Mempunyai rekod yang cemerlang dalam kegiatan ko-kurikulum.

    11.  

    Lulus ujian dalam proses pemilihan melalui saringan dan tapisan menerusi penelitian yang akan dibuat secara terperinci serta ketat dan rapi yang dikendalikan oleh Jawatankuasa dan Lembaga Skim Biasiswa UTB’s Scholars.

    12.

    Mengikuti pengajian secara sepenuh masa dalam skim ini.

    13. 

    Mendapat tawaran belajar di universiti-universiti teratas dan terkemuka luar negara.




  2. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

    1.

    Mempunyai Ijazah Sarjana dengan keputusan Cemerlang yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah satu kelebihan.

    2.

    Mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di 250 universiti teratas (Top 250 World Universities) dan terkemuka mengikut kedudukan berikut dan juga diiktiraf oleh Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK), Kementerian Pendidikan:

    • QS World University (QSWU) Rankings; atau
    • Times Higher Education (THE) World University Rankings; atau
    • Academic Ranking of World Universities

    3.

    Bidang pengajian yang dipohon hendaklah berkaitan dengan kelulusan yang telah diperolehi dan mengikut keperluan Negara seperti Lampiran 'A'.

    4.

    Tidak melebihi umur 30 tahun pada tarikh iklan pengambilan dikeluarkan.

    5.

    Lulus dalam proses-proses pemilihan (temuduga dan/atau sebagainya) yang ditetapkan oleh Universiti Teknologi Brunei dengan mencapai tahap peratus yang ditetapkan.

    6.

    Pengurniaan biasiswa adalah tertakluk kepada keputusan pemilihan yang ketat dan rapi.


  3. TATACARA PERMOHONAN SKIM BIASISWA UTB’S SCHOLARS 

    1. 

    Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi dan melengkapkan borang yang boleh didapati dari Pusat Staf & Pelajar, Blok Pentadbiran UTB.

    2.

    Pemohon adalah dikehendaki menghadapkan perkara berikut ke Pusat Staf & Pelajar, Blok Pentadbiran UTB, atau melalui emel:  utbscholar.scheme@utb.edu.bn

    • Borang permohonan yang lengkap.
    • Salinan surat tawaran tempat pengajian.
    • Isi kandungan kursus/program dan strukturnya (course/programme content and its structure).
    • Salinan sijil dan dokumen yang disahkan (certified true copies) oleh Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan / Pengetua / Pendaftar Mahkamah.
    • Surat pengiktirafan sijil dan kursus/program, dari Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, Negara Brunei Darussalam (MKPK).

     

    3.     

    Tarikh Mula Permohonan

    :

    18 Julai 2022

    Tarikh Tutup Permohonan

    :

    29 September 2022

    Kemasukan

    :

    Bermula Januari/Februari 2023

  4. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG AKAN DIHULURKAN

    1.

    Yuran Pengajian

    2.

    Tiket penerbangan pergi-balik

    3.

    Elaun sara hidup bulanan, termasuk elaun perjalanan bulanan disepanjang tempoh pengajian

        4.

    Elaun Tambahan sebanyak BND750 sebulan bagi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di sepanjang tempoh Pengajian

     

    5.

    Elaun-elaun yang lazimnya dihulurkan kepada penuntut yang menerima biasiswa Kerajaan seperti Elaun Buku, Elaun Pakaian, Elaun Projek, Elaun “Settling”, Elaun Alat-Alat Pembelajaran dan Elaun Kacamata

    6.

    Penghantaran barang-barang peribadi melalui kapal laut

    7.

    Pembayaran Visa dan pemeriksaan kesihatan

     

    8.

    Penempatan profesional di dalam negeri

     

    9.

    Mentorship

     

    10.

    Jubah akademik

     

    11.

    Akses kepada fasiliti dan kemudahan di UTB

     



  5. PERHATIAN

    1. Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan dan telah menjalani proses pemilihan bukanlah satu jaminan untuk dianugerah biasiswa Kerajaan ke luar negeri.
    2. Jumlah biasiswa yang ditawarkan bagi setiap bidang kursus/program adalah mengikut kursus/program yang disenaraikan.
    3. Pemohon yang berjaya akan diikatjanji untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh   ikatjanji yang telah ditetapkan.
    4. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.


  6. PERMOHONAN YANG TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN

    Permohonan dalam kategori berikut dengan sendirinya tidak akan dipertimbangkan.
    1. Tidak memenuhi syarat-syarat utama dan tambahan.
    2. Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sama ada dalam jawatan tetap, percubaan, open vote atau gaji hari (Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 27/1988 bertarikh 6 September 1988 dan bilangan 10/2006 bertarikh 26 April 2006 adalah dirujuk).
    3. Permohonan yang dihantar:-
      • selepas tarikh tutup; atau
      • yang tidak lengkap diisi; atau
      • salinan sijil dan dokumen yang tidak disahkan; atau
      • mempunyai maklumat palsu/ tidak benar.
    4. Pemohon yang sudah diterima, sedang mengikuti pengajian atau ditawarkan tempat pengajian oleh institusi-institusi pengajian tinggi awam tempatan.

 

LAMPIRAN A

SENARAI BIDANG-BIDANG YANG DIPERLUKAN BAGI PENGANUGERAHAN BIASISWA UTB’s SCHOLARS SESI PENGAJIAN 2022 /2023 DI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN FALSAFAH (PhD)

FAKULTI KEJURUTERAAN

BIL

BIDANG

1.01

Civil Engineering

1.02

Electrical and Electronic Engineering

1.03

Mechanical Engineering

1.04

Petroleum Engineering

1.05

Chemical Engineering

 

SEKOLAH PERDAGANGAN UTB

BIL

BIDANG

2.01

Accounting

2.02

Economics

2.03

Management

 

SEKOLAH PENGKOMPUTERAN DAN INFORMATIK

BIL

BIDANG

3.01

Creative Computing

3.02

Computer and Information Systems

3.03

Computer Network and Security

 

SEKOLAH SAINS GUNAAN DAN MATEMATIK

BIL

BIDANG

4.01

Applied Mathematics and Economic

4.02

Food Science and Technology

4.03

Mathematical Finance

 

SEKOLAH REKA BENTUK

BIL

BIDANG

5.01

Architecture

5.02

Product Design

5.03

Fashion Design and Technology

 

PUSAT PERHUBUNGAN, PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BIL

BIDANG

6.01

Communication Skills

6.02

Teaching and Learning

 

Bidang yang diperlukan dengan keutamaan diberikan kepada bidang kepentingan yang disenaraikan seperti di bawah:

  • Structural Engineering
  • Finite Element Methods
  • Robotics Engineering
  • Petroleum Engineering
  • Information Systems Audit
  • International Taxation and Corporate Accounting and Reporting
  • Advanced Performance Management and Managerial Accounting
  • Mathematical Economics and Econometrics
  • Environmental and Resource Economics
  • Marketing Communications and Branding
  • Technopreneurship and New Product Development and Commercialisation
  • Management of Innovation and Technology
  • Mobile Software Development
  • IoT
  • Data Analytics
  • Cloud and Services Computing
  • Block Chain
  • Robotics
  • Artificial Intelligence
  • Natural Language Processing
  • Cybersecurity
  • Digital Forensic
  • Architecture
  • Build Environment
  • Industrial Design
  • Fashion Design and Technology
  • Post-Harvest Technology
  • Analytical Food Chemistry
  • Functional Food
  • Smart Food Packaging
  • Shelf-life extension for postharvest produce
  • Mathematical Modelling
  • Mathematical Economics
  • Development of Food Products
  • Applied Statistics
  • Computational Methods for Economics
  • Communication
  • Teaching and Learning

 

SENARAI TOP 250 UNIVERSITI MENGIKUT KEDUDUKAN QS WORLD UNIVERSITY RANKING 2022

UTB Scholar

 

RANK

NAMA INSTITUSI

NEGARA

RANK

NAMA INSTITUSI

NEGARA

1

Massachusetts Institute of Technology (MIT)

United States

37

The University of Melbourne

Australia

2

University of Oxford

United Kingdom

38

The University of Sydney

Australia

3

Stanford University

United States

39

The Chinese University of Hong Kong

(CUHK)

Hong Kong

3

University of Cambridge

United Kingdom

40

University of California, Los Angeles

(UCLA)

United States

5

Harvard University

United States

41

KAIST - Korea Advanced Institute of Science & Technology

South Korea

6

California Institute of Technology (Caltech)

United States

42

New York University (NYU)

United States

7

Imperial College London

United Kingdom

43

The University of New South Wales

(UNSW Sydney)

Australia

8

ETH Zurich - Swiss Federal Institute of

Technology

Switzerland

44

Université PSL

France

8

UCL

United Kingdom

45

Zhejiang University

China

10

University of Chicago

United States

46

University of British Columbia

Canada

11

National University of Singapore (NUS)

Singapore

47

The University of Queensland

Australia

12

Nanyang Technological University,

Singapore (NTU)

Singapore

48

University of California, San Diego (UCSD)

United States

13

University of Pennsylvania

United States

49

Institut Polytechnique de Paris

France

14

EPFL

Switzerland

49

The London School of Economics and

Political Science (LSE)

United States

14

Yale University

United States

50

Shanghai Jiao Tong University

China

16

The University of Edinburgh

United Kingdom

50

Technical University of Munich

Germany

17

Tsinghua University

China

52

Duke University

United States

18

Peking University

China

53

Carnegie Mellon University

United States

19

Columbia University

United States

53

City University of Hong Kong

Hong Kong

20

Princeton University

United States

55

University of Amsterdam

Netherlands

21

Cornell University

United States

56

Tokyo Institute of Technology (Tokyo

Tech)

Japan

22

The University of Hong Kong

Hong Kong

57

Delft University of Technology

Netherlands

23

The University of Tokyo

Japan

58

Monash University

Australia

23

University of Michigan-Ann Arbor

United States

60

Brown University

United States

25

Johns Hopkins University

United States

61

The University of Warwick

United

Kingdom

26

University of Toronto

Canada

62

University of Bristol

United

Kingdom

27

McGill University

Canada

63

Ruprecht-Karls-Universität Heidelberg

Germany

27

The Australian National University

Australia

64

Ludwig-Maximilians-Universität

München

Germany

27

The University of Manchester

United Kingdom

65

Universiti Malaya (UM)

Malaysia

30

Northwestern University

United States

66

The Hong Kong Polytechnic University

Hong Kong

31

Fudan University

China

67

University of Texas at Austin

United States

32

University of California, Berkeley (UCB)

United States

68

National Taiwan University (NTU)

Taiwan

33

Kyoto University

Japan

69

Universidad de Buenos Aires (UBA)

Argentina

34

The Hong Kong University of Science and

Technology

Hong Kong

70

KU Leuven

Belgium

35

King's College London

United Kingdom

70

University of Zurich

Switzerland

36

Seoul National University

South Korea

72

Sorbonne University

France

 

RANK

NAMA INSTITUSI

NEGARA

RANK

NAMA INSTITUSI

NEGARA

73

University of Glasgow

United Kingdom

112

Boston University

United States

74

Korea University

South Korea

112

Leiden University

Netherlands

75

Osaka University

Japan

112

University of Southern California

United States

75

University of Wisconsin-Madison

United States

116

Purdue University

United States

77

University of Southampton

United Kingdom

117

Queen Mary University of London

United Kingdom

78

Lomonosov Moscow State University

Russia

118

Nagoya University

Japan

79

University of Copenhagen

Denmark

119

University of Bern

Switzerland

79

Yonsei University

South Korea

120

The Ohio State University

United States

81

Pohang University of Science And

Technology (POSTECH)

South Korea

121

Chalmers University of Technology

Sweden

82

Durham University

United Kingdom

121

Universidade de São Paulo

Brazil

82

Tohoku University

Japan

123

Wageningen University & Research

Netherlands

82

University of Illinois at Urbana-Champaign

United States

124

Uppsala University

Sweden

85

The University of Auckland

New Zealand

125

Eindhoven University of Technology

Netherlands

85

University of Washington

United States

126

University of Alberta

Canada

86

Université Paris-Saclay

France

127

Freie Universitaet Berlin

Germany

87

Lund University

Sweden

128

Humboldt-Universität zu Berlin

Germany

88

Georgia Institute of Technology

United States

128

University of Groningen

Netherlands

89

KTH Royal Institute of Technology

Sweden

130

École Normale Supérieure de Lyon

France

90

University of Birmingham

United Kingdom

131

Nanjing University

China

91

University of St Andrews

United Kingdom

132

Lancaster University

United

Kingdom

92

University of Leeds

United Kingdom

133

University of Technology Sydney

Australia

93

The University of Western Australia

Australia

134

Newcastle University

United

Kingdom

94

Rice University

United States

135

Pontificia Universidad Católica de Chile

(UC)

Chile

95

The University of Sheffield

United Kingdom

136

KIT, Karlsruhe Institute of Technology

Germany

96

Pennsylvania State University

United States

137

Kyushu University

Japan

97

Sungkyunkwan University (SKKU)

South Korea

138

University of Basel

Switzerland

98

University of Science and Technology of

China

China

138

University of California, Davis

United States

99

Technical University of Denmark

Denmark

140

McMaster University

Canada

100

University of North Carolina, Chapel Hill

United States

141

Ghent University

Belgium

101

Trinity College Dublin, The University of

Dublin

Ireland

142

Politecnico di Milano

Italy

102

University of Oslo

Norway

143

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Malaysia

103

University of Nottingham

United Kingdom

144

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Malaysia

104

University of Helsinki

Finland

145

Hokkaido University

Japan

105

Universidad Nacional Autónoma de

México (UNAM)

Mexico

146

University of California, Santa Barbara

(UCSB)

United States

105

University of Geneva

Switzerland

147

Universiti Sains Malaysia (USM)

Malaysia

107

Washington University in St. Louis

United States

148

Stockholm University

Sweden

108

The University of Adelaide

Australia

149

The University of Exeter

United Kingdom

109

King Abdulaziz University (KAU)

Saudia Arabia

149

University of Waterloo

Canada

110

Utrecht University

Netherlands

151

Cardiff University

United Kingdom

111

Université de Montréal

Canada

151

University of Vienna

Austria

112

Aalto University

Finland

 

 

 

 

RANK

NAMA INSTITUSI

NEGARA

RANK

NAMA INSTITUSI

NEGARA

154

University of Rochester

United States

197

The University of Newcastle, Australia

(UON)

Australia

155

Aarhus University

Denmark

198

The Hebrew University of Jerusalem

Israel

156

Hanyang University

South Korea

199

University of Bergen

Norway

157

Michigan State University

United States

200

Macquarie University

Australia

158

University of Maryland, College Park

United States

201

Keio University

Japan

159

Technische Universität Berlin (TU Berlin)

Germany

202

University of Reading

United

Kingdom

160

Emory University

United States

203

Waseda University

Japan

161

Case Western Reserve University

United States

204

University of Göttingen

Germany

161

Tecnológico de Monterrey

Mexico

205

University of Aberdeen

United Kingdom

163

King Fahd University of Petroleum &

Minerals

Saudia Arabia

206

RMIT University

Australia

163

University of Pittsburgh

United States

207

Universidad Autónoma de Madrid

Spain

165

RWTH Aachen University

Germany

207

Universite libre de Bruxelles

Belgium

166

Alma Mater Studiorum - University of

Bologna

Italy

209

Universitat Autònoma de Barcelona

Spain

166

University of Bath

United Kingdom

209

Vrije Universiteit Amsterdam

Netherlands

168

Texas A&M University

United States

211

Tongji University

China

168

Universitat de Barcelona

Spain

212

Ulsan National Institute of Science and

Technology (UNIST)

South Korea

170

Western University

Canada

213

Queensland University of Technology

(QUT)

Australia

171

Sapienza University of Rome

Italy

214

Universität Hamburg

Germany

172

Albert-Ludwigs-Universitaet Freiburg

Germany

215

Chulalongkorn University

Thailand

173

University College Dublin

Ireland

216

Arizona State University

United States

173

University of Florida

United States

216

Queen's University Belfast

United Kingdom

175

Al-Farabi Kazakh National University

Kazakhstan

218

Vanderbilt University

United States

176

University of Lausanne

Switzerland

219

Universidade Estadual de Campinas

(Unicamp)

Brazil

177

Eberhard Karls Universität Tübingen

Germany

220

Radboud University

Netherlands

177

Indian Institute of Technology Bombay

(IITB)

India

221

Vrije Universiteit Brussel (VUB)

Belgium

179

Erasmus University Rotterdam

Netherland

222

University of Notre Dame

United States

180

National Tsing Hua University

Taiwan

223

Complutense University of Madrid

Spain

180

Technische Universität Wien

Austria

224

Qatar University

Qatar

180

University of Gothenburg

Sweden

225

Wuhan University

China

183

Khalifa University

UAE

226

Rheinische Friedrich-Wilhelms-Universität

Bonn

Germany

183

Universidad de Chile

Chile

226

University of Cape Town

South Africa

185

Indian Institute of Technology Delhi (IITD)

India

226

University of Sussex

United Kingdom

186

Indian Institute of Science

India

226

University of Virginia

United States

186

University of Minnesota Twin Cities

United States

230

University of Ottawa

Canada

188

Université catholique de Louvain

(UCLouvain)

Belgium

231

Loughborough University

United Kingdom

189

University of Liverpool

United Kingdom

232

University of California, Irvine

United States

189

University of Twente

Netherland

233

Maastricht University

Netherlands

191

Dartmouth College

United States

233

University of Antwerp

Belgium

191

Universiti Teknologi Malaysia

Malaysia

235

University of Calgary

Canada

193

University of Wollongong

Australia

236

Harbin Institute of Technology

China

194

Curtin University

Australia

236

Universidad de los Andes

Columbia

194

Technische Universität Dresden

Germany

236

University of Leicester

United Kingdom

194

University of Otago

New Zealand

236

Victoria University of Wellington

New Zealand

 

RANK

NAMA INSTITUSI

NEGARA

240

Queen's University at Kingston

Canada

240

USI - Università della Svizzera italiana

Switzerland

242

American University of Beirut (AUB)

Lebanon

242

Saint Petersburg State University

Russia

242

Università di Padova

Italy

245

Ecole des Ponts ParisTech

France

246

Novosibirsk State University

Russia

246

University of Massachusetts Amherst

United States

248

Georgetown University

United States

248

Universitat Pompeu Fabra (Barcelona)

Spain

250

Universiti Brunei Darussalam (UBD)

Brunei Darussalam

Source: https://www.topuniversities.com/university-rankings/world-university-rankings/2022