INFORMATION FOR GRADUATES ON CONVOCATION CEREMONY 2019

MAJLIS KONVOKESYEN 2019
UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI

Dengan hormat sukacita memaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Brunei 2019 akan diadakan pada hari Khamis, 12 Muharram 1441 bersamaan 12 September 2019 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

Majlis tersebut akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Teknologi Brunei.

TARIKH-TARIKH PENTING:

KEHADIRAN DAN PENDAFTARAN:
Kehadiran adalah wajib. Graduan yang tidak hadir di acara raptai adalah dikira menarik diri dari menghadiri Majlis Konvokesyen. Jika graduan tidak dapat menghadirkan diri di Majlis Konvokesyen, graduan hendaklah memaklumkan kepada Pendaftar dan Setiausaha secara bertulis tidak lewat pada hari Isnin, 9hb September 2019.
Para graduan diingatkan bahawa pendaftaran untuk Majlis Konvokesyen akan ditutup tepat jam 7.30 pagi.

KOD PAKAIAN GRADUAN:


PENGAMBILAN JUBAH:
Pengambilan jubah bagi para graduan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana ialah pada:


KAD JEMPUTAN DAN PAS/TIKET MASUK UNTUK TETAMU (IBU BAPA/PENJAGA GRADUAN):
Bagi Majlis Konvokesyen, pihak Universiti sukacita menjemput ibubapa/penjaga graduan hadir ke Majlis Konvokesyen. Kad jemputan dan pas masuk boleh diambil di Bilik Sejati 2, ICC, Berakas selepas Raptai Kedua dan Ketiga selesai.

Kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah adalah tidak dibenarkan masuk ke Dewan Plenary, ICC, Berakas semasa Majlis Konvokesyen berlangsung.

Bagi Majlis Meraikan Graduan, tiket masuk akan dijual di luar Dewan Plenary, ICC, Berakas dengan harga $10.00 setiap seorang bermula pada 9hb hingga 11hb September 2019 (semasa acara raptai). Tiket masuk juga boleh dibeli pada 12hb September 2019 sebelum acara, di luar Dewan Persidangan Utama, ICC, Berakas.

CENDERAHATI:
Untuk makluman, cenderahati dalam bentuk bunga, coklat dan belon akan dijual di Dewan Perpaduan, ICC, Berakas semasa Majlis Konvokesyen diadakan.

Adalah dinasihatkan untuk tidak membawa masuk belon ke dalam Dewan Plenary, ICC, Berakas semasa Majlis Konvokesyen berlangsung dan semasa junjung ziarah bersama Canselor dan Pro- Canselor Universiti Teknologi Brunei.

MENGAMBIL GAMBAR:
Para graduan dan jemputan tidak dibenarkan mengambil gambar secara berdiri ataupun keluar dari tempat duduk semasa Majlis Konvokesyen berlangsung di dalam dewan. Pihak Universiti menyediakan perkhidmatan tempahan gambar graduan semasa majlis konvokesyen sedang berlangsung di dalam dewan.

Photo Studio juga akan disediakan di Bilik Sejati 1, ICC, Berakas.

Close Menu