Second Stage De-escalation of COVID-19 Restrictive Measures in UTB

17th June 2020

Dear all staff and students, 

We are pleased to inform that with reference to the Ministry of Health’s media statement on 16 June 2020, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented for additional reduction of social distancing measures implemented following the COVID-19 outbreak in the country which will commence on Thursday, 26 Syawal 1441H corresponding to 18 June 2020.

The reduction allows schools, vocational, technical and higher education institutions, tuition schools and music schools to operate at Operational Readiness Level 2.

For UTB, the following will take effect from 18 June 2020:

  1. The maximum capacity of the University Library will be increased from 20% to 40% of normal capacity.
  2. Physical meetings are permitted in the University by adhering to the Ministry of Health’s ‘Guidelines on Social Gatherings and Events, Meetings and Training Sessions’ updated on 28 April 2020.
  3. Surau and prayer rooms in UTB will be opened for individual and congregational prayers with physical distancing and at 40% of normal capacity. Users are required to bring their own prayer mats.
  4. Undergraduate students attending official or essential business on campus will not be required to obtain prior permission from UTB BCP. The current procedure for entering and exiting the University’s premises using the BruHealth app remains unchanged.

Thank you for your continuous cooperation.

————————————————————————–

Kepada semua staf dan pelajar,

Sukacita memaklumkan bahawa dengan merujuk kepada Kenyataan Media Kementerian Kesihatan pada 16 Jun 2020, mengambil kira situasi COVID-19 di negara ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi tambahan pengurangan langkah-langkah penjarakan sosial yang akan bermula pada hari Khamis, 26 Syawal 1441H bersamaan dengan 18 Jun 2020. 

Pengurangan ini membolehkan sekolah-sekolah, institusi-institusi vokasional, teknikal dan pengajian tinggi, sekolah-sekolah tuisyen dan muzik untuk beroperasi di Operational Readiness Peringkat 2.

Bagi UTB, perkara-perkara berikut akan berkuatkuasa mulai 18 Jun 2020:

  1. Kapasiti maksimum Perpustakaan Universiti akan ditambah dari 20% pada masa ini kepada 40% dari kapasiti biasa. 
  2. Mesyuarat secara fizikal dibenarkan di Universiti dengan mematuhi ‘Garis Panduan Acara Sosial, Mesyuarat dan Latihan Kursus’ Kementerian Kesihatan yang dikemaskinikan pada 28 April 2020.
  3. Surau dan bilik ibadat di UTB akan dibuka untuk kemudahan solat secara bersendirian atau berjemaah dengan mempraktikkan jarak fizikal dan dengan tidak melebihi 40% dari kapasiti biasa. Pengguna surau dan bilik ibadat adalah diminta untuk membawa tikar sembahyang sendiri. 
  4. Pelajar-pelajar yang mengunjungi kampus untuk urusan rasmi atau penting adalah tidak diperlukan untuk mendapatkan kebenaran awal dari BCP UTB. Prosedur masuk dan keluar premis Universiti menggunakan aplikasi BruHealth yang berjalan pada masa ini adalah tidak berubah.
Close Menu